Thursday, August 19, 2010

Dinar emas dan dirham perak.


Jumaat, 2010 Februari 19 Galakkan Menggunakan dirham dan dinar oleh ulama'JAKARTA: Dibimbing seorang mualaf keturunan Scotland, sekumpulan Muslim Indonesia kini menghindar wang kertas 'tidak bernilai' dan se...baliknya menggunakan wang syiling emas serta perak bagi urus niaga harian.

Pengikut Sheikh Abdalqadir as-Sufi - yang dilahirkan sebagai Ian Dallas - berurus niaga barangan seperti makanan, perubatan, pakaian dan kad telefon menggunakan dinar emas dan dirham perak, yang dikatakan sejajar dengan pentafsiran ketat undang-undang Islam.

Pandangan antimoden kumpulan itu kelihatan tidak begitu sejajar dengan kehidupan kapitalisme Jakarta, pusat kewangan dan politik salah sebuah ekonomi yang sedang berkembang pantas di dunia.

'Sejarah membuktikan sejak (zaman) Nabi Muhammad nilai satu dinar emas sejak beribu tahun lamanya masih sama dengan nilai seekor kambing,' kata Cik Kurniawati, seorang pegerai di selatan Jakarta.

Sheikh Abdalqadir, bekas penulis skrip dan pelakon yang memeluk Islam lewat 1960-an, menentang keras sistem kapitalisme moden dan menggesa kembali kepada bentuk undang-undang Islam yang diamal generasi Muslim pertama selepas Nabi Muhammad saw.

Dengan harapan mencontohi sunah Nabi Muhammad saw dan sahabat baginda, pengikut Sheikh Abdalqadir membeli-belah menggunakan dirham berjumlah kira- kira 30,000 rupiah ($4.53) dan dinar bernilai 1.43 juta rupiah.

Kini mereka mahu pemerintah Indonesia - atau lebih baik lagi pemerintahan Islam seluruh dunia - menggantikan wang kertas dengan dinar yang, menurut kata-kata Sheikh Abdalqadir, digunakan 'sehinggalah serangan mendadak ahli kewangan kafir di negara-negara Islam'.

Wakala Induk Nusantara (WIN) badan bertanggungjawab mengawal pengeluaran dan pengedaran dinar di Indonesia.

Duit syiling yang dihasilkan di Indonesia tersebar juga di Australia, Malaysia dan Singapura, kata pegawai WIN, Encik Rokhman Azis.
Jumlah dinar di pasaran setempat bertambah lebih seganda tahun lalu kepada 25,000 keping, mencerminkan gerakan itu semakin popular, katanya.

'Kami memutuskan untuk menghasilkan duit syiling perak dan emas di Indonesia menyusuli fatwa oleh Sheikh Abdalqadir as-Sufi di Cape Town, Afrika Selatan, yang mengharamkan Muslim menggunakan wang kertas,' kata Encik Rokhman. -- AFP.